Saturday, May 22, 2010

Minggu Penuh Emosi...

Minggu ni adalah minggu penuh emosi bagi aku, setiap hari kepala penuh dan bersarang dengan persoalan dan jawapan, mana tak nya..mesej di FB..dari sepupuku menyebabkan aku jadi tak tentu arah..kadang-kadang terfikir juga susah juga jadi orang dewasa ni..kena pikir semua masalah..lagi seronok jadi budak2..tak yah pikir banyak2..yang penting hepi...hahaha..aku rasa adik beradik aku pon sama juga, semua pun beremosi minggu ini..termasuk keluarga dikampung..apa2 pon harap2 penjelasan demi penjelasan merungkai persoalan dan menyejukkan hati sepupuku itu..itulah isu-isu kekeluargaan ni memang sensitif apatah lagi melibatkan harta pusaka..semoga silaturrahim berpanjangan dan diberkati Allah s.w.t.

Dipejabat pulak, bos aku dilantik jadi ketua pentadbiran, jadi dia kena pikul 2 tanggungjawab..ketua pendakwaan dan ketua pentadbiran..tahniah kepada boss kerana diberi kepercayaan oleh ketua jabatan..yang tak bestnya kami anak-anak buah ni pulak yang terasa tempiasnya..mana taknya..dia nak libatkan kami sekali dalam percaturanya,macam-macam dia nak buat perubahan, kami semua pon kena buat jugak!..huhuhu..tak pe la yang penting untuk kebaikan..semoga bos dapat melaksanakan tugas dengan jayanya..aku pun nak tengok Bahagian Penguatkuasa berubah..dan lebih cemerlang dan tersusun..harap2 nya tak da la gosip2 liar yang akan merosakkan organisasi, dan jabatan..

Di Mahkamah pula..berlaku satu kes dimana status mahkamah pati sepang dicabar kerana mendengar kes di luar bidang kuasa (locus Standi ). Kesnya macam ni..seorang majikan yang ditangkap kerana menggaji pekerja PATI di Kuala Lumpur telah dituduh di mahkamah Sesyen PATI KLIA, Sepang. Peguam membuat bantahan kerana dia berpendapat mahkamah tiada kuasa mendengar kes-kes kuala lumpur kerana mahkamah tersebut berada di Selangor.Setelah mendengar hujahan kedua belah pihak..peguam dan pendakwa..Mahkamah telah membuat keputusan bahawa mahkamah Sesyen PATI KLIA, Sepang mempunyai bidang kuasa mendengar kes tersebut atas alasan, kes tersebut adalah melibatkan kes-kes pati..ini adalah selaras dengan arahan mensyuarat jawatankuasa kabinet dan akta2 mahkamah rendah berkaitan..dimana kes-kes pati boleh didengar dimana2 mahkamah sesyen khas pati, termasuklah Mahkamah sesyen Pati KLIA Sepang..ini bermakna Pati boleh dituduh dimana-mana mahkamah khas pati yang telah diwujudkan tak kira dimana pun pati itu ditangkap...

Harap-harap minggu2 mendatang tiada lagi emosi melampau hehehe Adios!

Wednesday, April 7, 2010

PeRTAmA AkU

Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi akhirnya aku bisa mendepani arus teknologi ini dengan memiliki blog ku sendiri..hahahaha...insyaallah ini kan menjadi titik tolak kepadaku untuk bersama-sama rakan dan taulan dan semoga aku bisa mengatur semula perjalanan dan pengalaman ini agar dapat dikongsi bersama menjadi satu sejarah....
Terima kasih kepada isteriku yang sentiasa memberi dorongan dan tunjuk ajar...
kepada emak dan ayah...tiada kata yang mampu aku ucapkan melainkan terima kasih dan syukur kepada ilahi kerana sentiasa sabar dengan karenah anakmu yang degil ini...maaf kan bang cik...andai terlalu banyak menyusahkan...sebetulnya aku masih mencari aku.....